Pelukis Agung Eropah (
bahasa Inggeris: Old Master) adalah istilah bagi
pelukis Eropah berkaliber yang membuahkan hasil sebelum lingkungan tahun
1800. Lukisan mereka digelar karya Pelukis Agung, manakala
teraan pelukis agung (old master print) ialah gambar teraan atau
cetakan (seperti
ukiran (engraving) atau
goresan (etching) pelukis zaman itu. Begitu juga dengan
lakaran Pelukis Agung (Old Master drawing). Secara teori, Pelukis Agung sepatutnya pelukis yang mendapat latihan penuh dan bekerja sendiri tapi hakikatnya, lukisan-lukisan yang merupakan hasil pelajar-pelajar atau bengkel-bengkel beliau, turut dirangkum istilah ini. Lantas, kriteria penggunaan istilah lebih mementingkan tarikh karya dan bukan kualitinya (tetapi di atas tahap kualiti minimum). Pada
abad ke-18 dan
ke-19, istilah ini biasanya merujuk kepada tarikh awal penghasilan karya pada lingkungan
1450 atau
1470; lukisan-lukisan sebelumnya dianggap "primitif", namun pengelasan begini tidak lagi dibuat. Tarikh penamat penghasilan, semestinya agak samar -
Goya (
1746–
1828) pastinya seorang Pelukis Agung dan beliau terus melukis dan menghasilkan teraan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun
1828. Sebagai perbandingan, istilah ini boleh digunakan tetapi biasanya tidak untuk
John Constable (
1776–
1837) mahupun
Eugène Delacroix (
1798–
1868). Istilah ini biasanya dielakkan oleh ahli
sejarah seni kerana terlalu samar, terutamanya apabila membincangkan lukisan-lukisan tetapi tidak pula apabila membincangkan teraan-teraan dan lakaran-lakaran Pelukis Agung. Penggunaanya lebih dalam jual beli karya seni. Syarikat-syarikat
lelong biasanya masih lagi mengelaskan jualan, contohnya: "Lukisan Pelukis Agung", "Lukisan
abad ke-19" dan "Lukisan moden". Syarikat
Christie's mentakrifkannya sebagai karya dari lingkungan "
abad ke-14 hingga
ke-19".